Saturday 20 June 2015

Beli tanah bukit..projek apa yang bagusssss?

Salam,


Baru petang tadi aku telah masukkan soalan ku ke satu forum untuk dibincangkan "Bagaimana nak Usahakan Tanah Bukit Hampir Dengan Jeram Toi, Kuala Klawang"






"Saya ingin mendapat pandangan bagaimana nak usahakan Tanah bukit 3.3 ekar, 200 meter dari jalan besar dan berhampiran Jeram Toi, Kuala Klawang.  Tanah bukit ini ditinggal terbiar, pernah ditanam pokok getah 6 tahun lepas oleh owner lama."




Jadi..antara yang beri jawapan ialah...




1. Kalo tanah tu bekas tananan pokok getah, nutrien dlm tanah da berkurangan jd before nk tanam ape2 kena naikkn ksuburan tanah.. Samada nk buat baja sendiri or tanaman penutup bumi..

tanah2 bukit suai utk getah or klpa sawit.. tpulang pd cik sambil tunggu hasil semaian boleh la selang seli dgn tanaman lain utk side income..
contoh : serai or nenas...



Menarik juga kan....


2. Cuba buat eco-tourism....hemmm...menarik jugakkk tuh !!! Jika ada sebarang cadangan... sila berkongsi yaaaa...TQ!










Thursday 18 June 2015

Hartanah yang tak disangka..

Salam semua...yaaa...hari ini hari pertama Ramadhan. Hari Khamis 18 June 2015..aku cuti tak masuk office sebab jaga anak bongsu di rumah yang dah masuk 4 hari tak berapa sihat. Dia aktif, cuma under proper medication, esok Insya Allah sembuh.


Oleh kerana dah bercuti, jadi aku nak buat benda yang memang rasa dah lamaaaa nak buat iaitu..tulis blog berkenaan minat terbaru iaitu bidang hartanah..yaaa...macam tak percaya, aku dah terjerumus dalam bidang ini.




Berbekalkan ilmu yang sedikit atau nearly zero...aku telah beli sebuah rumah kecik subsale di pekan kecil di Perak pada tahun 2002...masa tu aku kerja di sana, jadi rumah ini memang untuk aku tinggal dan aku aim nak ada satu property masa tu..






Pada hujung tahun 2006, aku pindah ke sini..Bangi. Ikut suami..pindah ke rumah yang dibeli pada tahun pertama perkahwinan kami.  Itu tanggungan suami..:-) Alhamdulillah..semua telah diatur Allah, kerja baik dan anak-anak dah 4 orang sekarang...Rumah kecik di Perak  tu pernah dibiarkan tak bersewa..sedihkan???? Rasanya ada nak masuk  2 tahun kot aku abaikannya...sedih btol. Tiba-tiba entah macam mana, kawan aku contact aku...kata ada orang nak sewa rumah ....MAKA...berusahalah aku uruskan kemasukan elektrik, air, bersihkan rumah, repair mana patut...dan aturkn untuk lantai depan belakang rumah di simen penuh untuk elakkan lalangggg tumbuhhh..terlari-lari juga makcik, tapi I maintain OK, haha..mak ayah dari Taiping turun untuk bagi sokongan...suamiku menyokong dengan menjaga anak 2 hari
 
Rumah kecil di utara ini telah memberi aliran tunai kepadaku  setiap bulan, hutang bank dah habiss..alhamdulillah...walaupun duit masuk bukan ribuan angka, tapi ia bermakna..ia menjadi titik tolak kesedaran untukku berani masuk ke bidang hartanah nihhh...penat makcik berurusan dengan bank dan lawyer, agent jual rumah yang tak buat kerja, penjual malas nak bekerjasama...semua tu kene sabarrrr jelahhh..hehe






OK nak dipendekkan cerita, dalam masa 3 tahun kebelakang ini...antara 2012 - 2015 ...aku telah dapat membeli 4 jenis hartanah berbeza...




1. Subsale property iaitu low-rise kondo menghadap swimming pool di pinggiran putrajaya/bangi..sekarang ini disewa  oleh PTD officer








2. Sebuah new shop office lot di bangi yang aku rasakan strategik tempatnya...boleh lah makcik bukak butik ke..kalau tiba2 nak berniaga...aduhhhh..sorry yaa...please fokusss ya makcik....buat satu2 (pesanan diri sendiri). Shop lot ni bakal siap lagi sebulan dua...insya Allah akan dapat penyewanya segera...




3. Satu lot Tanah freehold rezab melayu  0.7 ekar di dalam Bandar kuala klawang. Tanah rata, ada pokok durian 25 tahun dan semak. Geran kongsi dengan dua lagi penama..saya yang muda..MEMANG TANAH dekat dengan town...tapi rezab jalan tak ada...kena bincang dengan jiran2...dalam hati berkata, this is small matter...




4. Satu lot Tanah freehold rezab melayu 3.3 ekar berhampiran Jeram Toi, Kuala Klawang. Tanah bukit OK....dah macam hutan, pokok getah terbiar 6 tahunn...yang ni memang mencabar kudrat seorang wanita comel macam makkk ya....haha...tak boleh nak cakap lebih sangat sebab tak bersihkan lagi....




Akan bersambung lagi...perkongsian cabaran yang aku hadapi untuk kelima-lima hartanah ini...masing-masing ada kelebihan..aku mohon kepada Allah SWT berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menguruskan sekelumit harta yang  Allah amanah kan ini..AMEEN